NOTA UNTUK PM DARI BLOGGERS PRO UMNO!

NOTA UNTUK PM DARI BLOGGERS PRO UMNO!

Monday, August 8, 2011

Apocryphalist: Di mana betulnya Dr Asri, dan di mana salahnya Part 2.

Apocryphalist: Di mana betulnya Dr Asri, dan di mana salahnya

Part 2.


Didalam memuji keluhan yang dilahirkan oleh as-sahibus Samahah mantan Mufti Perlis dalam hal pengagihan zakat yang menjerumus kepada pengemisan beberapa orang ibu tunggal ke pihak gereja, kesalan saya pula ialah yang berikut: Pendirian Tuan sangat playsafe, ambigous dan tidak mempunyai "Ooomph" yang cukup, yang sabit dengan kedudukan Tuan sebagai ulamak yang disanjung ramai.

Dalam menangani hal yang sangat runcing ini pun, kenyataan Tuan, yang walaupun zahirnya neutral, sebenarnya sangat berbau politik. Tuan masih juga mahu konar sana sini dalam memandu isu ini seolah-olah Tuan mahu juga menyabitkan UMNO dan kerajaan sebagai yang bersalah. Ya, isu pengagihan zakat memang perlu dikaji secara terperinci. Dan ya, kalaulah tidak kerana pendedahan masalah ibu tunggal ini, kita mungkin tidak mempersoalkan pengagihan zakat. Tetapi Tuan gagal (atau sengaja menggagalkan) untuk melihat bahawa walaupun itu mungkin punca yang sekunder, tidak siapa tahu bahawa ianya menjerumus kepada apa yang terjadi sekarang.

Apa yang menjadi MASAALAH primer atau yang unggul sekarang bukannya itu: MASAALAH yang benar-benar tegar yang menjadi batu penghalang kepada kemajuan untuk meyelesaikan masaalah ini ialah polisi PAS dan orang-orang Islam yang, demi membenci kerajaannya sendiri, sanggup untuk tidak mencemuh pihak gereja. Demi perpaduan dengan kafir harbi yang mungkin boleh menjanjikan segelintir-dua undi, PAS sangup untuk menjaga hati mereka. Sanggup untuk memarahi Hassan Ali. Sanggup bersekongkol dangan pihak kerajaan PKR dalam MENUTUP MULUT supaya hal ini tidak tersebar lua. Bukankah biasanya hal-hal tutup mulut ini adalah apabila sesuatu benda yang benar berlaku?

Bersekongkol juga kah yang Mulia as-Sahibus Samahah dengan pendirian ini? Sedikit pun tidak Tuan kritik pihak gereja. Sedikit pun tidak Tuan puji hasil usaha pihak JAIS membongkar usaha pemurtadan ini. Malahan kalau tersilap baca, akan dapat dianggarkan bahawa bukan saja Tuan tidak memuji, malahan mereka turut Tuan marahi juga. Maka terkontang-kantinglah Dr Hassan Ali serta JAIS dalam hal ini, seolah-olah dalam hal-hal menjaga Akidah Islam, kita hanya bergantung kepada mereka dan Tuan tidak ada langsung dalam gambaran. Nak harapkan siapa lagi? Khalid Samad? Nama Allah dijualnya, Kilang Carlsberg diresmikannya? Padahal sebelum berkuasa dahulu, untuk menegakkan syiar ugamalah yang menjadi slogan pencalonannya. Ada Tuan bising kerana dengan pengambilan tampok pemerintahan, lesen arak, lesen judi dan lesen menubuh rumah urut ternaik 2-3 kali ganda di Selangor?

Saya perhatikan Tuan sangat "playsafe" dalam segala isu politik-ugama, terutama sekali jika isu itu terjatuh kedalam kategori yang sangat rumit ... yakni jika ianya sesuatu yang perlu di juangkan oleh pihak Islam tetapi didapati tidak disenangi oleh kumpulan kafir dalam Pakatan Rakyat dan sebaliknya dijuangkan oleh pihak UMNO pula. Contohnya isu Bersih. Dan Isu Yoga. Dan Isu tarian Poco-poco. Bingung kami semua membaca pendirian Tuan. Dah terang-terangan Yoga itu ada yang terdapat memerlukan pengamalnya membaca beberapa mantra tertentu, masih juga Tuan mahu konar sana sini. Tuan mahu me-neutralisekan diri Tuan. Tuan mahu dikasihi oleh semua orang, terutama sekali oleh mereka-mereka yang membenci Islam. Tuan mahu dilutekan hujjah haram-halal bagi memberi ruang kepada mereka-mereka yang pro untuk berada dalam satu denominator yang sama dengan yang con. Orang macam Tuanlah yang akan dicari oleh Marina Mahathir, Sisters-in-Islam dan lain lain yang sentiasa mencari dan mempelopori idea-idea yang sangat bertentangan dengan Islam. Pernah Tuan tegur Marina Mahathir? Pernah Tuan cuba memperbetulkan ahli-ahli Sisters-in-Islam yang terang-terangan mencabar perintah Allah SWT? Pernah?

Yang pernah saya baca dan yang selalu Tuan buat hanyalah mengkritik JAIS. Atau Badan ugama kerajaan. Atau UMNO. Saya syak ini semua adalah kerana mereka-mereka ini semua terdiri dari pengunjung sekolah-sekolah pondok atau tempat pengajian kelasik seperti Mesir dan timur tengah dan Tuan berasa terdapat sedikit kelebihan superior dalam ijazah PhD Tuan dalam agama. Jadi Tuan mahu menampilkan idea seorang PhD yang kononnya terkeluar dari skop pemikiran sempit yang dipunyai kebanyakkan pelajar Islam secara kelasik yang lain.. Adakah mungkin kerana semua ini? Secara subliminal, secara halus dan tidak disedari, ini semua menjadi musabbab kepada kenapa Tuan berkelakuan dan berpendapat seolah-olah tidak mahu langsung bersama-sama mereka yang cuba mempertahankan akidah Islam. Adakah mungkin benar terkaan saya ini?


Tuan disanjung tinggi oleh Marian Mahathir. Tahu kah Tuan secara terperinci akidah beliau? Tuan menjadi reference kepada Syed Akbar Ali yang, menurut Haris Ibrahim, menganggap Kaabah itu sebagai satu batu sembahan yang tidak ubah seperti penyembahan Sanam oleh pihak Jahiliyyah. Adakah ini orang-orang yang menjadi sahabat Tuan? Adakah untuk menjaga hati orang-orang yang begini maka sanggup Tuan "disown" JAIS dan badan ugama lain? Mahu sangatkah Tuan dipuji oleh Teresa Kok atau Ronnie Liu atau pihak Gereja dengan harga mencemuh kumpulan dan jabatan Islam sendiri?

Pernah Omar Khayyam mengeluh dan bersya'ir sedemikian:

Terdapat suatu ketika dahulu di mana
Kota ini mencerminkan putaran bintang-bintang di langit
Betapa ramai anak-anak raja yang tersungkur di hadapannya
Tetapi sekarang ini,
terdapat seekor merpati bertenggekan di atasnya.

Kalau Tuan terus menerus menyapu yang bathil ke bawah tikar semata-mata untuk menjaga hati dan perpaduan rapuh dengan si kafir Harbi, Tuan sendirilah orangnya yang menjadi pemangkin ke atas runtuhnya kota ini.

Apocryphalist

4 comments:

  1. Mungkin Dr Asri masih berdendam dengan Jais..WallahuAllam

    ReplyDelete
  2. Bro/Sis Anonymous 4:50 PM. Tak baik berdendam. WallahuAllam.

    ReplyDelete
  3. KAT MESIA DH ADA TOKOH SYIAH. BELUM ADA TOKOH2 WAHABI YG MENONJOL BRO. ASRI NK JADI JAGUH WAHABI YG FIRST BROO KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  4. Bro Jeffry. Tokoh Syiah dalam PAS tu menonjol jugak. Tu pasal kafirkan orang sesuka hati mak bapak dia.

    ReplyDelete

Say whatever that is on your mind. Heck! This is a free country after all. If the racists Chinese can swear at the Malays as much as they want, we can do that as well.

However, I will not be held responsible to whatever that you have to say. The comment is solely the private opinion of the author.