NOTA UNTUK PM DARI BLOGGERS PRO UMNO!

NOTA UNTUK PM DARI BLOGGERS PRO UMNO!

Tuesday, March 13, 2012

A post by one contributor called Beruang Biru

Lynas: Selangor Sepatutnya Sudah Jadi Chernobyl Sekarang Kalau Teori Fuziah Diguna Pakai


ISU pokok yang menjadi punca bantahan Pakatan Rakyat dalam isu Lynas Corporation ini ialah kesan radiasi dan radioaktif yang kononnya dihasil dan dibebaskan oleh kilang tersebut ke persekitaran setempat. Walaupun telah berbuih dibuktikan bahawa Lynas hanyalah sebuah kilang biasa, bukan kilang nuklear tapi pembohongan itu tetap dimain-mainkan berulang kali sehingga ada juga segelintir rakyat yang termakan dengan hasutan tidak berasas itu.

Kalau pun benar Lynas menghasilkan sisa radioaktif yang setaraf dengan sisa nuklear yang biasa dihasilkan loji-loji penjanaan kuasa Nuklear di dunia, kerajaan Malaysia pimpinan BN sebenarnya telah mempunyai deretan rekod yang panjang dalam menguruskan soal sisa nuklear ini.

Kewujudan reaktor nuklear milik Nuklear Malaysia di Bangi sejak tahun 70-an adalah bukti kepada kejayaan kerajaan BN ini. Setakat ini tidak ada seorang kakitangan atau penduduk setempat yang terjejas dengan kesan sampingan yang disebabkan oleh radiasi nuklear seperti yang menjadi tajuk bantahan Pakatan Rakyat terhadap kerajaan dalam isu Lynas.

JIka Pakatan Rakyat benar-benar prihatin dengan masalah kesihatan dan pencemaran ekosistem penduduk setempat, mereka seharusnya telah mengambil tindakan menutup loji Nuklear di Bangi itu sebelum menjuarai isu Lynas di Pahang. Barulah boleh dikatakan mereka ikhlas dalam menjuarai isu ini demi alam sekitar bukan faktor ekonomi.

Tapi mereka tidak melakukannya kerana mereka tahu loji tersebut tidak membahayakan sesiapa sejak mula dibina hingga sekarang.

Fuziah Salleh sebagai ahli Parlimen Kuantan dari PKR juga seharusnya menujukan salakannya terhadap Lynas ini kepada kerajaan Selangor terlebih dahulu, itupun jika benar-benar dia seorang yang ada intergriti dan tidak membantah isu Lynas ini semata-mata kerana kepentingan politik Pakatan Rakyat semata-mata.

Selain loji Nuklear di Bangi, sebuah kilang magnet nadir bumi, Shin Etsu Sdn Bhd juga di Selangor turut terlibat dalam soal pemprosesan bahan dari nadir bumi untuk produk keluarannya sejak 90-an lagi. Kenapa kerajaan Selangor sekarang dan Fuziah sendiri tidak membantah kewujudun kilang tersebut? Adakah kerana ia akan menjejaskan ekonomi Selangor dan pendapatan rakyat Selangor yang akhirnya akan membawa kepada tumbangnya Pakatan Rakyat di Selangor?

Soal ia didirikan oleh atau pada zaman kerajaan Barisan Nasional, itu bukan isu utama. Soal alam sekitar ini (jika benar mengancam masyarakat setempat) bukan ditentukan oleh pihak mana yang membina. Yang penting kalau kerajaan semasa berpendirian produk nadir bumi ini adalah produk radioaktif dan beradiasi, maka mereka harus mengambil keputusan menutupnya.

Apatah lagi yang jelas hasil radioaktif Nuklear di Bangi itu.

Fakta yang penulis dedahkan di atas membuktikan bahawa bantahan Pakatan Rakyat ke atas pembinaan kilang Lynas ini bukan atas sebab alasan kesihatan atau alam sekitar. Sebaliknya ia berkenaan dengan ekonomi negara asal kaum yang paling kuat menentang projek pembinaan Lynas ini. Penulis tidak mahu menyatakan disini kaum yang mana satu tapi jenguk-jenguklah sekitar Himpunan Hijau 2.0 yang berlangsung pada hujung Februari yang lepas, kaum mana yang paling ramai menyertainya.