NOTA UNTUK PM DARI BLOGGERS PRO UMNO!

NOTA UNTUK PM DARI BLOGGERS PRO UMNO!

Monday, August 8, 2011

Article by a reader, Apocryphalist

Apocryphalist: Di mana betulnya Dr Asri, dan di mana salahnya

Part 1.

Beberapa kurun yang lalu, saya berpeluang untuk meninjau secara haram (yakni tanpa pengetahuan pihak atasan) akan senarai akaun pungutan zakat di sebuah pertubuhan masyarakat Islam yang memperincikan semua pungutan zakat bagi tahun itu serta pengagihannya seklai. Saya sangat terperanjat melihatkan betapa banyak pungutan tersebut hingga menyentuh ratusan ribu pound sterling (ianya sebuah pertubuhan Islam Malaysia di London dan kebanyakkan pungutannya hanya tertumpu kepada pembayar zakat bangsa Malaysia di sana sahaja.)

Walaubagaimanpun, saya menerima renjatan elektrik kedua apabila saya amati secara halus pengagihan wang zakat tersebut. Memang benar: kesemua lapan asnab yang dibolehkan menerima wang itu memang terdapat di sana: si fakir miskin, si muallaf, si amil, si riqab - semuanya ada di sana. Tetapi apa yang mengejutkan saya ialah pengagihannya: yang kurang lebih berbunyi begini:-
Fakir - 4%
Miskin - 5%
Anak Yatim - 3%
Muallaf - 1%
dan sebagainya. Dan akhir sekali didalam senarai itu terdapat yang ini:-

Fi Sabilillah - 80% !!

Bila ditanya apanya yang dibiayai wang zakat sampai 80% itu --- adakah umat Islam sekarang sedang berperang? Atau sedang menghantar gerombolan-gerombolan mensyiarkan Islam ke merata dunia? Maka di jawab kepada saya: Fi Sabi lillah itu bukan hanya bermaksud itu. Ianya juga untuk membeli apa-apa benda untuk kegunaan umum umat Islam, dan dalam hal ini, sambungnya lagi, wang 80% itu digunakan untuk membeli kipas angin, karpet mesjid, alat pemanas, air condition dan sebagainya.

Saya menggeleng kepala. Patutlah umat Islam sekarang ini menghadapi pelbagai kemelut dan musibah. Oleh kerana longgarnya penafsiran "Fi Sabi Lillah" itu, maka ianya terbuka kepada segala jenis interpretasi. Apatah lagi dizaman Internet canggih dan kereta laju, erti fi sabi lillah itu mungkin boleh diperluaskan kepada kemahuan, kehendak serta tekanan menyahut gaya hidup zaman moden kita. Tetapi yang pastinya ialah, erti dan tujuan asal kalimat Fi Sabi Lillah itu sendiri sebagaimana yang difahami oleh Rasulullah SAW serta para sahabat baginda, sangatlah jauh daripada apa yang kita fahami sekarang. Jangan terkejut jika Fi Sabi Lillah juga, mengikut mufassirin dunia kita dewasa ini, merangkumi pembelian saham, hartanah, bangunan-bangunan tinggi, kemewahan dan sebagainya. Apabila saya melawat sebuah Pusat Pungutan Zakat di ibukota untuk membayar zakat, saya musykil melihatkan beberapa buah kereta mewah buatan Jerman yang besar dan menjalar berada di petak parkir pengarah-pengarahnya. "Ah...", bisik hati saya yang sudah terlatih untuk bersangka baik ini. "Tidak mungkin ini semua dari wang zakat. Siapa kata seorang pengarah tidak boleh menabung sejak kecil untuk membeli kereta Jerman yang panjang menjalar?"

Betul juga kat Dr Asri ulamak tersohor mantan Mufti Perlis itu. Di mana perginya wang zakat kita sehingga untuk membantu ibu-ibu tunggal dan golongan miskin, terpaksa mengemis kepada sang Kafir Kitabi dan menggadai maruah? Saya ada dengar seorang individu dari negeri pantai Timur yang punyalah Allah SWT telah beri rezqi, wang zakat yang dibayarnya seorang sahaja adalah lebih RM2 juta setahun. Agaknya, dengan 100 orang ibu tunggal yang sanggup menjual tauhidnya dari Yang Esa kepada Yang Tiga dengan harga semurah RM20 ribu itu, pembayar zakat yang seorang ini pun sudah memadai untuk menyelesaikan masaalah mereka. Itu belum diambil kira semua pencarum zakat yang lain. Belum lagi diambil kira umat-umat Islam lain yang liat dan engkar untuk membayar zakat yang wajib. Adalah tidak keterlaluan jika saya katakan di sini dengan jumlah zakat yang berpotensi terkumpul, mampu kita membeli sebuah negara!

Tetapi persoalannya---mana perginya? Ke mana perginya semua wang zakat itu, sehinggakan untuk mempertahankan akidah umatnya sendiripun tidak mampu? Kemudian saya pikirkan: adakah tujuan zakat itu untuk menghapuskan kemiskinan, atau untuk mengekalkannya? Tidakkah kita terbaca bagaimana suatu waktu pada zaman Omar al-Khattab, ekonomi umat Islam ketika itu punyalah kukuh sehinggakan bila tiba waktu pengagihan zakat, si Amil mengeluh kerana tidak terjumpa fakir dan miskin yang layak menerima zakat kerana mereka sudah tidak termasuk ke dalam golongan itu lagi?
Kita sekarang tidak. Tahun ini kita bangga kerana dapat mengagihkan zakat kepada orang miskin. Maka dapatlah mereka ini membeli baju raya untuk tahun ini atau membeli sekampit beras untuk kegunaan 2-3 bulan. Habis, tahun hadapan bagaimana? Mereka masih miskin lagi. Perlukah kita terus berbangga kerana masih ada golongan yang akan menerima zakat kita tahun hadapan, dan tahun-tahun seterusnya?
Kenapa kita tidak ada program untuk betul-betul eradicate kemisikinan untuk fakir-fakir miskin ini? Mulakan dengan ibu tunggal. Punyalah mereka ini berpotensi untuk membuat perkara-perkara seperti berniaga, menjadi jaringan franchise, menjadi usahawan, menjadi pelatih dan sebagainya. Kenapa tidak kita beri modal dan semangat untuk mereka memperbaiki keadaan mereka?
Ini tidak. Kalau muka lawa sikit, jadi GRO, atau jadi Tukang Urut batin yang sudah pastinya menjamin pendapatan hingga 4-5 ribu sebulan. Begitu juga dengan pengemis-pengemis---samada yang tulin atau yang menyamar. Kepungkan mereka ini dalam sebuah rumah kebajikan dan latih mereka menghasilkan kraf tangan atau barangan buatan, jahitan atau sulaman yang boleh dijual. Tak perlu lagi ada sindiket "hantar dan pungut" dengan Van yang menyakitkan mata dan hati, siap dengan peralatan canggih Keyboards Synthesizer dan Amplifier untuk S. Jibeng-S. Jibeng segera ini mendayu nasib. Semuanya kerana kita tidak ada program untuk mengagihkan zakat selain dari mengikut ungkapan "Fi Sabi Lillah" yang sangat samar dan dipersoalkan.

Syabas As Sahibus-Samahah Tuan Mantan Mufti Perlis dengan pendirian ini.

3 comments:

  1. Are You Gonna Go My WayMon Aug 08, 01:07:00 PM 2011

    heheh dah lama dah.......

    ReplyDelete
  2. Tuan blog, kalau tak silap saya yg tuan maksudkan di atas ialah semasa perintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Beliau adalah seorang ulama mujadid kurun pertama Hijrah. Seorang wali Allah yang begitu zuhud dan sangat teliti dalam menguruskan harta negara.

    ReplyDelete
  3. Bro/Sis Are You Gonna Go My Way. Memang pun. Tanggunglah dosa tu sebab songlap atau tak beri duit zakat tu pada orang yang berhak menerimanya.

    Bro/Sis Anonymouz. Dulu Lim Guan Eng komunis kata nak jadi macam Khalifah Umar Abdul Aziz. Bayang Khalifah Umar pun tidak. Sifat komunis yang lebih menyerlah.

    Sebelum nak jadi Khalifah Umar Abdul Aziz, disarankan Lim Guan Eng memeluk Islam, bersunat dan juga tinggalkan fahaman komunis tu dulu.

    ReplyDelete

Say whatever that is on your mind. Heck! This is a free country after all. If the racists Chinese can swear at the Malays as much as they want, we can do that as well.

However, I will not be held responsible to whatever that you have to say. The comment is solely the private opinion of the author.