NOTA UNTUK PM DARI BLOGGERS PRO UMNO!

NOTA UNTUK PM DARI BLOGGERS PRO UMNO!

Saturday, February 26, 2011

Tun Dr M blasts Anwar, Nik Aziz

Anwar, Nik Aziz pengkhianat bangsa Melayu: Dr. M
26/02/2011 9:39pm

KAMPUNG GAJAH 26 Feb. - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi kecaman terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa Melayu kerana sanggup memecahbelah perpaduan ummah hanya semata-mata untuk kepentingan politik.

Beliau berkata, Anwar sanggup memecah belahkan orang Melayu untuk meraih sokongan semata-mata membolehkan beliau ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri, Nik Abdul Aziz pula menjadikan isu agama untuk mengkafirkan orang lain dengan membuat andaian orang yang berjuang untuk bangsa adalah orang kafir.

"Saya tidak tahu Nik Aziz dapat dari mana-mana hadis atau Al-Quran yang mengatakan sedemikian,” katanya berucap pada Perhimpunan Melayu anjuran Perkasa Perak di sini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, mengikut kenyataan Menteri Besar Kelantan itu, mereka yang menjadi nasionalis dianggap telah menolak agama.

"Bagi Nik Aziz kalau hendak menjadi Islam bukan saja mengucap dua kali syahadah tetapi menjadi tiga kalimah termasuk menjadi ahli dalam parti Pas, baru dianggap sah sebagai orang Islam,” katanya. - Bernama

6 comments:

  1. TAH MESIN UKUR JENIS APE WALLY SLIPIOR PAKAI NAK TAU KEISLAMAN ORG LAIN. MMG BINGAI! KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  2. Bro Jeffry. Orang yang benar-benar beriman takkan mendabik dada memberitahu orang lain dia tu alim.

    Sebab itu akan menyebabkan riak. Perangai wali selipar tu bercanggah dengan perangai ulama sebenar.

    ReplyDelete
  3. Golongan orang yg macam ini menganggap ilmu di dada sudah cukup tinggi untuk menghakimi pihak yg bertentangan dengan mereka...Janganlah kita memandang rendah terhadap seseorang kerana barangkali orang yg kita pandang hina itu amalannya lebih baik daripada kita....

    ReplyDelete
  4. Bro/Sis Anon. Ada sesetengah golongan terutamanya yang mengaku alim-ulama yang perangainya jauh dari mencontohi perangai Nabi junjungan kita, Muhammad s.a.w. Mereka ini hanyalah ulama politik yang menggunakan agama untuk kepentingan diri yang telah diberi amaran kepada kita oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebagai tanda-tanda hampirnya kiamat.

    ReplyDelete
  5. Ms Pearl. Love Tun M very much too. BTW, I can't seem to access your blog. :-(

    ReplyDelete

Say whatever that is on your mind. Heck! This is a free country after all. If the racists Chinese can swear at the Malays as much as they want, we can do that as well.

However, I will not be held responsible to whatever that you have to say. The comment is solely the private opinion of the author.