tag:blogger.com,1999:blog-7651260541816769055.post5733622242456738575..comments2023-10-28T17:51:15.182+08:00Comments on Wake UP!: Aye to the teachings of Mathematics and Science in EnglishWake UP!http://www.blogger.com/profile/15828267680651093789noreply@blogger.comBlogger6125tag:blogger.com,1999:blog-7651260541816769055.post-27256191849143424932010-06-11T22:33:53.433+08:002010-06-11T22:33:53.433+08:00Anon. DAP in Penang stresses more on the billboar...Anon. DAP in Penang stresses more on the billboard in the Chinese language.

They will do anything to jeopardize the Malays in order to get better education because they want the Malays to be stupid so that it will be easier for them to control stupid people like those in PAS.

Parents should be more concerned about their children's education and not just rely on the Government since the 1st education comes from home.Wake UP!https://www.blogger.com/profile/15828267680651093789noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7651260541816769055.post-20661624197079003222010-06-11T22:24:40.453+08:002010-06-11T22:24:40.453+08:00Senang aja, just tell your fren and fren tell fren...Senang aja, just tell your fren and fren tell fren not to vote for BN in the 13th GE.

I dont want my kids not being able to speak and write good Englist to compete in the real world.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7651260541816769055.post-19838262126414750872010-06-10T18:21:46.307+08:002010-06-10T18:21:46.307+08:00Tapi tak pula juak-juak yang berdemontrasi untuk m...Tapi tak pula juak-juak yang berdemontrasi untuk memansuhkan PPSMI memaksa pengajaran matematik dan sains di sekolah cina dan tamil dalam bahasa Melayu, apahal ini semua? Semuanya pelingkup saja, perosak masa depan pelajar para pendesak pemansuhan PPSMI itu. Mengapakah juak-juak yang memaksa pemansuhan PPSMI tidak mahu mendesak supaya projek pembagunan hendaklah dalam bahasa tempatan, mengapa mereka tidak berdemontrasi di depan pemaju taman perumahan supaya menamakan taman perumahan dengan nama bercirikan Malaysia? Bersepah nama taman perumahan dengan ciri barat, apakah ini semua? Apakah puas hati bila dapat gagalkan usaha Tun Mahathir mahu menjayakan negara melalui generasi kanak-kanak kini melalu PPSMI dapat dicapai oleh mereka bila kerajaan memansuhkan PPSMI? Mereka yang berdemontrasi itu memang tidak reti bahasa, sudahlah tak pernah masuk kelas PPSMI, jadi yang terkinja-kinja macam beruk matyeh tertelan belacan itu apahal? Semua pelingkup yang dengki dengan PPSMI. Nilaikanlah, sekian, terima kasih.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7651260541816769055.post-73988041505011828842010-06-10T18:19:32.208+08:002010-06-10T18:19:32.208+08:00Teruskan pengajaran Sains dan Matematik dalam Baha...Teruskan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Banyak negara mahu mencontohi Malaysia seperti Korea Selatan dan Qatar. Tapi DS Muhyiddin yassin Timbalan Perdana Malaysia bertindak mundur ke belakang. Malahan tidak mengikut kata majoriti rakyat tapi mengikut kata golongan minoriti yang berdemontrasi di Kuala Lumpur pada masa lalu.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7651260541816769055.post-26732198497621335402010-06-10T18:15:48.284+08:002010-06-10T18:15:48.284+08:00Saya sejak apabila kerajaan berura-ura mahu memans...Saya sejak apabila kerajaan berura-ura mahu memansuhkan PPSMI saya sudah tidak setuju kerana ianya akan menyebabkan kerugian kepada modal insan negara. Bukannya belajar PPSMI untuk mendewa-dewakan Bahasa Inggeris, tetapi ia adalah sebagai serampang pelbagai mata demi kepentingan pelajar dan negara. Selain pelajar dapat memantapkan penguasaan bahasa Inggeri apabila mereka sudah terbiasa dengan bahasa berkenaan, malahan pelajar juga dapat memperolehi banyak maklumat dalam internet, buku, majalah, surat khabar yang mana maklumatnya banyak dalam bahasa Inggeris kerana dihasilkan diluar negara, bukannya di Permatang Pauh atau di DUN Chempaka.

Malahan sejak pengajaran PPSMI dilaksanakan, banyak pelajar memberikan respons yang positif. Ramai pelajar gembira kerana mereka dapat memantapkan penguasaan bahasa Inggeris mereka dan mereka juga mudah mendapat maklumat baru yang rata-ratanya dalam bahasa Inggeris. Tetapi bila segerombolan orang dewasan yang tidak pun masuk dalam kelas belajar PPSMI terkinja-kinja di jalanan untuk memaksa pemansuhan PPSMI, maka kerajaan pun lembik lutut, ikut saja kehendak pihak yang sudahlah tak tahu apa-apa mengenai PPSMI, malahan mereka mengada-ngada mengganggu sistem yang digemari pelajar. Para pendemontrasi menggesa pemansuhan PPSMI adalah pengkhianat terhadap masa depan negara dan pelajar-pelajar. Sebelum PPSMI, keadaan kurikulum negara kita tidak secaca marba sekarang, sekarang ini keadaan pengajaran dalam kelas menjadi caca marba kerana berlakunya pertukaran jumlah masa sesuatu mata pelajaran. Malahan jadual waktu juga kelam kabut bila ada sesetengah mata pelajaran terlalu banyak sangat waktunya macam bahasa Inggeris, kalau diajar cara biasa macam dulu-dulu, adalah amat membosankan malahan ada guru bahasa Inggeris ajar mata pelajaran berkenaan dalam bahasa Melayu, ini semua adalah punca masalah untuk pelajar menguasai bahasa Inggeris.

Kerajaan patutnya sebelum memansuhkan PPSMI menilai dulu perkara ini sedalam-dalamnya, bukannya hanya kerana nakkan populariti politik kepentingan negara diperjudikan. Lihatlah Tun Mahathir bila beliau mahu menjadikan negara sebagai sebuah negara industri, ramai menentang beliau, tapi beliau tak peduli, beliau buat juga, kesannya Malaysia menjadi tersohor dan jauh kehadapan berbanding jiran negara kita yang terpaksa jadi pendatang haram ke negara ini untuk mencari pekerjaan. Pimpinan negara perlu melihat sesuatu dengan penuh teliti. Setiap perkara ada sudut-sudut tertentu yang menerangkan kekuatan, kelemahan, cara mengatasi, cara merosakkan dan macam-macam. Tun Mahathir mengkaji perkara ini dan dapat melihat dengan jauh, tetapi pimpinan selepas beliau lihat sikit saja, terus buat keputusan yang akhirnya merugikan negara dan rakyat terutama pelajar. Kalau nak tarik balik pemansuhan PPSMI rasa malu, teruskan sajalah nampaknya, tapi yang jadi mangsa adalah pelajar. Nilaikanlah sekian, terima kasih.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7651260541816769055.post-68084750162159840162010-06-10T13:55:49.364+08:002010-06-10T13:55:49.364+08:00Ya, saya setuju Sains dan Mathematics diajar dalam...Ya, saya setuju Sains dan Mathematics diajar dalam B. Inggeris. Saya tidak mahu anak cucu saya jadi macam saya yang tidak mahir B.I. Rasa rendah diri, sukar mendapat ilmu pengetahuan dan tidak boleh berkomunikasi dengan bangsa asing. Macam mana Melayu nak maju. Bagi pejuang-pejuang Bahasa Melayu, berapa banyak usaha anda untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Iklan-iklan sekarang lebih banyak B.I. daripada B.M. Kenapa tidak bising dalam bab-bab begini. Pulau Pinang contohnya meletakkan B.M. pada kelas ketiga. Kenapa pejuang-pejuang B.M. tidak melalak? Mana A Samad...Anonymousnoreply@blogger.com